Sunday, December 6, 2009

@ Pengenalan Produk Belina..@

Posted by *´¯`•me n me•´¯`* at 11:31 PM
Produk susu kambing BELINA dari New Zealand dihasilkan khas untuk mereka yang mengambil berat tentang kecantikan kulit. Susu kambing bukannya sesuatu yang baru di dalam bidang kecantikan kulit. Penggunaan susu kambing dalam mandian amat baik bagi tujuan perawatan kulit. Ianya terbukti berkesan sejak zaman dahulu lagi di mana lagenda ratu Cleopatra dari Mesir dan Yang Kweifei dari Dinasti Tang, China juga menggunakannya sebagai bahan utama dalam perawatan kecantikan mereka.

Pada dasarnya, barangan keluaran BELINA dari New Zealand diasaskan kepada KONSEP PEMBERSIHAN sebelum menumpukan perhatian kepada penjagaannya. Asas utama dalam KONSEP PEMBERSIHAN BELINA ialah produk sabun (beauty soap) dan penjagaan kulit (skincare) yang dirumus khas untuk memberikan kelembutan dan kebersihan yang berbeza. Kelembutan dan kebersihan yang unik dalam sabun BELINA ialah pada asasnya diadun daripada susu iaitu susu kambing.

Keunikan susu sebagai bahan untuk kecantikan memang diakui dan digunakan semenjak dahulu lagi. Susu kambing adalah berbeza dari susu lain. Ia paling hampir dengan susu ibu. Ia mengandungi protin, vitamin A, berbagai jenis zat galian, lemak halus yang tidak membeku di permukaan dan dapat memberikan kelembutan, kehalusan dan kelembapan yang diperlukan oleh kebanyakan kulit. Di samping memberikan perlindungan dan penjagaan daripada sinaran Ultra Unggu (ultra violet) ia amat sesuai bagi negara yang beriklim panas seperti negara kita.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Sabun Tersebut Akan Mendatangkan Kemudaratan Pada Kulit?

Jawapannya "TIDAK". Sebuku sabun muka yang bagus adalah ia dapat membersihkan kulit dengan berkesan dan harganya pula berpatutan. Ia dapat menghapuskan bakteria dan kotoran serta minyak yang berlebihan pada muka. Ia merupakan satu agen untuk menjaga kulit kita.

Sabun adalah pencuci yang paling hebat sebab ia merupakan agen campuran tak senyawa. Ia boleh bertukar dari sejenis cecair kepada cecair lain. Ini bermaksud minyak (yang dapat melekat kotoran) tidak dapat dibersihkan dengan air, tetapi sabun boleh menghilangkan minyak atau kotoran dengan air secara lebih mudah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Apakah Perbezaan Antara Sabun Susu Kambing BELINA COSMETICS Dengan Sabun Susu Kambing Yang Biasa?

Sabun susu kambing dari BELINA COSMETICS lembut, berkrim dan menghaluskan kulit. Ia bukan hanya dicampur dengan susu kambing atau tepung susu kambing dalam proses membuatnya. Sabun susu kambing BELINA COSMETICS diadun dengan ramuan lain seperti pati susu, lanolin, lemak dari bulu kambing pula diambil dari yang tulen, bersih dan segar serta jauh dari pencemaran udara.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Adakah Ia Hanya Sebuku Sabun Yang Biasa?

Terdapat banyak sabun yang berlainan ramuan dan dibuat dengan cara yang berlainan. Terdapat sabun cuci tangan, sabun untuk mandi, sabun untuk cuci muka, sabun untuk menghilangkan sel-sel mati, sabun untuk lansingkan badan, sabun untuk anti-bakteria dan lain-lain. Terdapat juga sabun yang murah utuk cucian biasa A sampai Z termasuk sabun cuci baju untuk yang tinggal di kampung terpencil.

Secara logiknya kita tidak akan menggunakan sabun mandi atau sabun lain untuk mencuci muka. Dalam membuat pilihan tentang pencuci muka, ia adalah amat penting untuk memahami dulu jenis kulit sendiri.

Belina Cosmetics mencipta sabun yang istimewa. Ia terdapat banyak jenis sabun untuk kulit yang berlainan seperti kulit berminyak, kulit kering, kulit biasa dan kombinasi serta kulit yang bermasalah. Ia mesti mempunyai satu sabun yang sesuai untuk kulit anda.

0 comments on "@ Pengenalan Produk Belina..@"

Post a Comment

 

belina*seindah nama sehalus belaian Copyright © 2009 Girl Music is Designed by Ipietoon Sponsored by Emocutez